Sponsor

.

Saturday 31 March 2012

SUKATAN PEPERIKSAAN

Ujian ini mengadungi lima seksyen iaitu: 


(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling 
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 
(iv) Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
(v) Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris 




SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING 
Masa : 40 minit 
Bilangan Soalan : 50 


Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Siswazah-siswazah yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, majalah, internet dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 
Masa : 45 minit 
Bilangan Soalan : 40 


Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan; 


(i) Kemahiran Logik 
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.



(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.


(iii) Konsep-konsep Matematik 
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).





SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 
Masa : 45 minit 
Bilangan Soalan : 40 soalan 


Aspek yang diukur ialah:


i. Kemahiran memindahkan maklumat;
ii. Kefahaman; dan
iii. Kemahiran tatabahasa dan kosa-kata




SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU 
Masa : 1 jam 
Bilangan Soalan : 3 jawab 1 
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. 


Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu. 


SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS 
Masa : 1 jam 
Bilangan Soalan : 3 jawab 1 
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. 


Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.