Sponsor

.

Monday 2 April 2012

APA YANG PERLU ANDA TAHU?


Peperiksaan Bertulis Juruaudit Gred W41




Ramai orang bercakap tentang perkara ini.


SPA dah umumkan calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Juruaudit W41 pada 14 April ini.


Anda boleh buat semakan melalui link ini;


http://www.spa.gov.my (saya pendekkan link panjang ni!)


Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus
exam SPA. Susah katanya, ye lah skopnya sangat
luas dan kadang tu soalan tah hape hape!


Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak
singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini
ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg.
Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk
boleh terus gi sini;


PANDUAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT GRED W41


Untuk makluman anda panduan ini telah digunakan oleh ramai calon unutk beberapa jawatan kerajaan yang lain dan terbaru adalah untuk peperiksaan bertulis Pegawai Anti Dadah Gred S41 (November 2011) and Penguasa Kastam Gred W41 (Februari 2012)




Manfaat masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan bertangguh dan buat kerja 'last minute'. Jangan jadi seperti dua orang pelajar di atas.






Sekadar nak berkongsi :)


Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg lulus..




Sunday 1 April 2012

Bestnya Kerja Kerajaan

KUALA LUMPUR -  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata,  pekeliling itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012 dan beberapa peruntukan pekeliling perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf). 

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan guru sandaran kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Beliau berkata, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.  – Bernama



Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-awam-boleh-semak-pelarasan-gaji-di-web-jpa-1.36775