Sponsor

.

Friday 30 March 2012

PANDUAN UMUM PEPERIKSAAN

1. Pada hari Peperiksaan calon hendaklah membawa 
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. 
(ii) Kad Pengenalan. 
(iii)Pensil 2B, pen dan pemadam lembut. 
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu. 


2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan dimulakan. 


3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas. 


4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan. 


5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh minit selepas peperiksaaan dimulakan. 


6. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) Kertas OMR - bagi Seksyen A, B dan C (ii) Kertas tulis SPA - bagi Seksyen D dan E 


7. No. Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. 


8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan. 


9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata. 


10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.